Jika sebelum ini penggunaan data percuma 1GB yang diberikan kerajaan ekoran daripada pandemik COVID-19 adalah terhad daripada 8 pagi hinggga 6 petang, kini penggunaannya lebih meluas kepada 24 jam sehari.
Kerjasama syarikat telekomunikasi dalam negara itu membolehkan rakyat berhubung secara atas talian bagi keperluan kerja serta pendidikan.
Berkuatkuasa 1 Julai sehingga 31 Disember 2020, penawaran Internet Produktiviti ini adalah bagi keperluan melayari internet untuk tujuan pembelajaran dan pendidikan, kecuali media sosial, penstriman video, gaming dan penstriman muzik.
Pelanggan juga dinasihatkan supaya merujuk kepada telco mereka untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara menebus tawaran internet percuma harian dan senarai perkhidmatan yang disertakan.
Selain akses percuma 1GB ini, pelanggan seluruh negara juga ditawarkan akses percuma tanpa had kepada pelbagai aplikasi perkhidmatan yang berkaitan dengan maklumat serta info berkaitan COVID-19 seperti MyTrace dan laman web kesihatan penting yang lain.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.