Boris Boriska Kipriyanovich, 21 tahun, seorang remaja lelaki yang berasal daripasda Volgograd, Rusia, mendakwa beliau sebelum ini sudah dilahirkan di planet Marikh, sebelum dilahirkan semula di bumi pada tahun 1996.

Boriska mendakwa beliau datang daripada planet Marikh ketika beliau berusia 3 tahun (umur di Marikh). Ibu kepada remaja terbabit, Nadezhda, berkata, ketika melahirkan Boriska, beliau langsung tidak berasa sakit dan tahu bahawa anaknya itu adalah sangat istimewa.

Ketika Boriska berusia 1 tahun, beliau sudah boleh membaca, melukis dan menulis dan daya ingatan Boriska juga sangat unik dan mampu menghafal dengan baik.
Menerusi temubual di laman Youtube oleh pasukan Project Camelot, Boriska memberitahu bahawa dia datang ke bumi pada tahun 1996, bertujuan untuk menyelamatkan bumi dari bencana.

Sumber: Projek Camelot
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.