Siapa sangka dengan rambut atas kepala kita ini mampu menghasilkan keuntungan yang sangat lumayan?
Tahukah anda, ketika ini rambut dijual pada harga lebih RM28.3 bilion dan dijangka akan terus meningkat sehingga RM40 bilion menjelang 2024.
Menurut kajian, pada tahun 2019 bekalan asas utama rambut kebanyakkan berasal dari Hong Kong dan India. Kedua-dua negara ini menjadi pengeksport yang aktif dalam mengumpulkan rambut, sebelum ia diproses.
Malah, setiap hari sekitar 40 kepala akan dicukup bagi memperoleh sumber asli rambut dan ia akan dijual menerusi platform lelongan.
Dianggarkan juga, satu lelongan sebanyak 157 tan rambut mampu menghasilkan RM6.4 juta.
Bagi memastikan bekalan rambut terus diperolehi, proses pengumpulan rambut akan terus diperluaskan pada negara-negara seperti Myanmar, Laos, Indonesia dan Bangladesh.
Sumber: Verst / Cision / Statista
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.