Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang pemandu kereta yang tidak mahu membayar tol di plaza tol.
Tindakannya itu akhirnya memakan diri apabila cubaannya untuk melepasi palang plaza tol tidak berhasil.
Video berdurasi 43 saat itu dimuat naik oleh seorang pengguna jalan raya yang berang akan sikap pemandu itu yang mengekori rapat keretanya sehingga memasuki lorong pembayaran plaza tol.
Pemandu berkenaan bertindak memandu secara perlahan apabila melepasi plaza tol tersebut dan memberhentikan kenderaan dihadapan palang menyebabkan pemandu tidak bertanggungjawab di belakangnya itu terkandas.
Pelbagai reaksi daripada warganet mengenai tindakan tidak bertanggungjawab yang disifatkan mementingkan diri dan boleh mendatangkan bahaya kepada pemandu lain.
Kini, video itu memperoleh lebih 900,000 tontonan, 99,000 tanda suka termasuk 2,020 komen di laman media sosial Tik Tok.
Kredit TikTok @jannahalias_sofea
Oleh: Muhammad Izwan Zainal
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.