Bintang bola sepak popular, Cristiano Ronaldo sanggup membelanjakan wangnya untuk menghadiahkan sebuah peti simpanan barang kemas berjenama Louis Vuitton berharga £108,000 (RM615,213) kepada kekasihnya.
Memetik laporan MailOnline, Georgina Rodriguez akan menyimpan barang kemasnya bernilai £2.6 juta (RM14.8 juta) itu di dalam peti simpanan barang kemas yang diterima.
“Saya kehilangan kata-kata, Cristiano,” kata Rodriguez setelah menerima hadiah itu.
Malah, peti tersebut mempunyai ketinggian 137 sentimeter dan dilengkapi dengan cermin untuk mempamerkan barang kemas seperti set rantai berlian dan subang paling berharga miliknya bernilai £78,000 (RM445,783).
Ia juga barang kemas yang pernah digayakannya ketika menghadiri Festival Filem Venice bulan lalu.
Sumber: MailOnline
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.