Kredit gambar utama: Shutterstock
Setiap kali menonton rancangan masakan, anda tentu terfikir betapa senangnya cef memasak. Campak bahan itu, campak bahan ini dan dalam tempoh beberapa minit telah tersedia hidangan yang cukup menyelerakan.
Anda boleh menjadi seperti mereka, jika tahu teknik serta tip menyediakan hidangan enak penambat selera. Tidak cukup masa atau tidak pandai itu cuma alasan. Kami kongsikan 7 tip bagi memudahkan anda beraksi di dapur. Bolehlah cuba resipi mudah yang ada di penghujung artikel ini.
#1 Bendi Tidak Berlendir
Kredit: Neha Deshmukh/Unsplash
Anda gemarkan bendi goreng, tetapi bendi mengeluarkan lendir berlebihan setiap kali masak. Caranya, basuh bendi terlebih dahulu sebelum dipotong. Setelah potong, JANGAN dikenakan air. Terus masukkan bendi ke dalam tumisan minyak dan bawang.
#2 Cili Kisar Tahan Lama
Kerja memasak menjadi mudah jika cili kisar telah tersedia di dalam peti sejuk. Sebut sahaja mi goreng, sambal tumis atau nasi goreng; tiada masalah untuk disediakan dalam tempoh kurang 30 minit. Tetapi cili kisar yang dibiar lebih 2 minggu akan rosak. Untuk menjadikannya tahan lebih lama, rebus cili terlebih dahulu dan kisarnya menggunakan minyak masak. Iya, kisar guna minyak bukannya air. Cili akan tahan lebih lama.
#3 Guna Sudu Pun Boleh
Memang susah untuk mengupas kulit halia menggunakan pisau. Rugi pun ya, banyak isi halia yang akan terbuang sekali. Sebaiknya kikis kulit halia menggunakan sudu. Sudu juga peralatan terbaik untuk membuang kulit buah kiwi dan telur rebus. Masukkan sudu di antara kulit dan isi, dan tolak sudu mengikut bentuk isi. Senang dan cara ini dapat mengelakkan buah kiwi serta telur rebus hancur atau rosak.
#4 Cucur Bawang Lembut Dan Sedap
Kredit: Vinnity Malaysia
Apakah barangan yang diperlukan untuk membuat cucur bawang yang sedap? Garam, soda bikarbonat, tepung gandum, air dan telur. Tetapi untuk membuat cucur bawang yang lembut dan gebu, tepung perlu dibancuh dengan air panas. Bawang pula, sebahagiannya dihiris dan sebahagian lagi dikisar dan dimasukkan ke dalam adunan.
#5 Bawang Putih Mudah Dikupas
via GIPHY
Jika sekadar seulas dua yang ingin dikupas tidak menjadi masalah. Kaedah ini cukup berkesan jika melibatkan jumlah yang banyak. Anda hanya perlu rendam bawang di dalam air. Kulit bawang menjadi mudah untuk ditanggalkan. Guna jari pun boleh.
#6 Pisau Tumpul
Pisau mudah tumpul jika digunakan untuk mengupas dan menghiris bawang. Jika anda menggunakan semua pisau untuk tujuan ini, kesemua pisau mudah tumpul dan kurang tajam walau diasah berkali-kali... Sebaiknya set 1 pisau khas untuk tujuan ini. Jika tumpul pun hanya 1 pisau. Pisau lain masih boleh digunakan untuk menghiris daging dan menyediakan barang masakan lain.
#7 Api Biru Lebih Baik
Benar! Api biru bukan sahaja lebih panas tetapi lebih baik. Api biru menandakan pembakaran berlaku dengan sempurna, suhunya lebih tinggi serta menghasilkan kurang jelaga. Gunakan api biru seperti jenama Petron Gasul untuk memastikan periuk anda bebas daripada kesan hitam jelaga, dapur juga lebih bersih, makanan lebih sedap dan sihat.
Dah alang-alang menggunakan Petron Gasul tu, jom lihat video misi cari makan 'Kat Mana Sedap' selebriti popular Malaysia, Dato' Fazley Yaakob dan Sazzy Falak yang dibawa PETRON. Selama 2 hari 1 malam mereka berada Pulau Pinang dan Ipoh untuk mencari makanan sedap di sana yang tentunya dimasak menggunakan api biru.
Sudah puas melihat mereka makan, anda boleh jadi pemenang bertuah yang berpeluang merasai pengalaman memasak sekali seumur hidup dengan Dato' Fazley, Juara MasterChef Selebriti Pertama Malaysia selama 12 jam! Nama para pemenang akan diumumkan di Facebook Petron Malaysia pada 8 Disember.
Jom sertai peraduan #PetronGasulJaguhMasak yang telah bermula 20 November hingga 4 Disember ini! Anda hanya perlu masak makanan terbaik menggunakan dapur gas, muat naik gambar hidangan di Facebook atau Instagram dengan hashtag #PetronGasulJaguhMasak. Pastikan akaun anda dalam tetapan UMUM. Jangan lupa tag Facebook Petron Malaysia dan kongsikan mana-mana video resipi dari Facebook Petron Malaysia di akaun Facebook anda!
Tidak tahu nak masak apa untuk peraduan ini? Jom cuba pasta udang sambal hijau, resipi Dato' Fazley Yaakob. Siapa tahu hidangan ini akan membawa tuah untuk anda!
Pasta Udang Sambal Hijau
Bahan:
- 400g pasta siap direbus
- 5 ekor udang
- 2 biji bawang besar
- 8 ulas bawang putih
- 10 biji cili hijau
- 5 biji cili padi
- 2 biji tomato hijau
- 2 biji terung hijau
- ½ biji lemon
- ½ sudu besar gula
- 1 sudu teh garam
- ½ cawan minyak zaitun
- 1 sudu besar kicap manis
- 1 sudu besar mentega
Cara membuat sambal hijau:
- Potong bawang besar kepada empat bahagian, dan celurkan seketika di dalam air panas bersama cili hijau dan cili padi, kemudian toskan.
- Hiris kesemua bahan yang belum dicelur (bawang putih, tomato dan terung hijau).
- Gaulkan kesemua bahan-bahan bersama dan tumbuk menggunakan lesung batu, tetapi jangan terlalu halus.
- Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi.
- Perahkan lemon dan masukkan garam serta gula.
Cara memasak pasta:
- Cairkan mentega di dalam pan, sautee udang dan masukkan sambal hijau
- Setelah ditumis sempurna, masukkan pasta
- Pasta anda sedia dihidangkan.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.