Cat paling putih di dunia berjaya dihasilkan seorang penyelidik dari Universiti Purdue sehingga mencipta rekod dunia Guinness.
Rekod yang dicatat penyelidik itu akan dimasukkan dalam rekod Guinness Book of World Records bagi tahun 2022.
Menurut Profesor kejuruteraan mekanikal universiti tersebut, cat itu dihasilkan atas kerjasama semua pihak dan pasukannya di West Lafayette, Indiana, Amerika Syarikat, Xiulin Ruan.
Rekod ini tidak disangka akan dicapai mereka kerana pada asalnya, penghasilan cat itu bertujuan untuk menghasilkan cecair pelitup objek bagi memantulkan cahaya matahari dari sebuah bangunan.
Tambahnya, pantulan cahaya matahari itu bertindak untuk menurunkan suhu dan tenaga serta ia bertindak untuk memerangi perubahan iklim.
Beliau mendapati penggunaan bahan barium sulfat merupakan salah satu faktor untuk menghasilkan warna cat putih yang berkualiti.
Malah, ukuran zarah yang berbeza dalam cat juga mampu memantulkan cahaya matahari yang lebih besar.
Sumber: UPI
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.