Seorang pelajar lelaki memakai kemeja paras lutut ke sekolah mendapat perhatian warganet apabila melihat gambar yang dikongsikan seorang guru di sekolahnya.
Menerusi perkongsian seorang guru yang dikenali sebagai Farrah Norashikin, dia berasa pelik apabila melihat baju muridnya ini ketika dia sedang meronda sekitar sekolahnya.
Lantas, Cikgu Farah segera membantu muridnya yang mesra disapa Jebat untuk mengemas dan merapikan kemejanya.
Namun, Cikgu Farah tidak dapat menahan sebak apabila mengetahui kisah sebenar disebalik kejadian itu.
Difahamkan, anak muridnya itu telah kehilangan ibunya pada November tahun lalu akibat jangkitan virus Covid-19.
Kini, hanya kakak, abang dan nenek menjadi tempat bergantung dan mereka tinggal bersama berikutan bapanya bekerja sebagai pemandu lori.
Pelbagai reaksi yang ditunjukkan warganet apabila melihat kisah sedih kanak-kanak ini dan ramai yang bermurah hati untuk menghulurkan bantuan seperti barangan keperluan sekolah untuk kanak-kanak tersebut.
Sumber: TikTok @cikgu_farrah
Oleh: Muhammad Izwan Zainal
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.