Eksplorasi angkasa lepas masa kini dilihat semakin maju selepas banyak negara mula melancarkan roket sendiri melepasi ruang atmosfera bumi.
Terbaru, negara China melancarkan roket membawa kenderaan peninjau menggunakan roket Long-March 5, berlepas dari Pusat Pelancaran Angkasa Lepas Wenchang, dekat Pulau Hainan pada Khamis, 23 Julai 2020.
Dalam misi ke Marikh, kenderaan itu diharap dapat membawa pulang tanah dan sampel di planet berkenaan untuk dikaji.
Baru-baru ini juga, Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah melancarkan pesawat peninjau dikenali sebagai Al-Amal dalam misi yang sama menuju ke Marikh, dikenali sebagai Hope Mars Mission.
Selain Arab dan China, kuasa besar Rusia dan Amerika Syarikat kini juga sedang dalam misi masing-masing untuk meneroka Marikh.
Sumber: Channel News Asia
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.