Kerajaan China hari ini mengumumkan pengharaman penjualan haiwan liar di semua pasar, pasaraya, restoran dan secara atas talian berkuatkuasa hari ini, Ahad, 26 Januari 2020.
Pengumuman itu dibuat oleh Kementerian pertanian dan Biro Perhutanan dalam satu kenyataan berhubung penularan wabak coronavirus.
Semua tempat pembiakan haiwan liar diasingkan dan urusan pengantaran spesis berkenaan juga perlu diharamkan, tegas kenyataan itu lagi.
Setakat ini, sudah 56 kematian dicatatkan di China dan lebih 2,000 orang dijangkiti diseluruh dunua.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.