Negara China sekali lagi cuba mengalihkan kecaman dunia dengan mendakwa COVID-19 adalah berasal dari Sepanyol.
Dakwaan itu adalah berikutan sekumpulan penyelidik yang mengesan wabak tersebut dalam air kumbahan di Barcelona, pada Mac tahun lalu.
Menurut pakar penafasan Universiti Peking, Wang Guangfa berkata, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) seharusnya menjalankan siasatan di Barcelona dan bukannya di Wuhan sahaja.
Wuhan sebelum ini telah dikenal pasti menjadi lokasi penyebaran wabak COVID-19 yang didakwa berpunca daripada kelawar dijual disebuah pasar basah di wilayah tersebut.
Wang Guangfa yang telah pulih daripada jangkitan COVID-19 turut mendakwa kehadiran virus dalam sampel yang diambil di ibu kita Catalan, kira-kira sembilan bulan sebelum wabak itu menular di Wuhan, menunjukkan ia mungkin bermula di Sepanyol, dan bukannya di China.
Sehingga artikel ini ditulis, Sepanyol merekodkan kes sebanyak 298 ribu dengan 28,388 kes kematian, berbanding China sebanyak 83 ribu kes dan 4,634 kematian setakat ini.
Amerika Syarikat masih menjadi negara paling tinggi jangkitan COVID-19 dengan 3 juta kes positif dan 132 ribu kes kematian.
Sumber: Daily Star
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.