Bagi menguji mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi, China kini telah memulakan ujian calitan di dubur.
Menurut laporan, doktor mengatakan prosedur itu lebih berkesan untuk mengesan kehadiran virus berkenaan.
Kaedah ujian calitan seperti itu telah pun mula dilakukan sejak minggu lalu selepas beberapa kawasan di China seperti di kawasan utara mulai mencatatkan kes jangkitan COVID-19.
Doktor kanan di Hospital You An Beijing berkata, teknik calitan di dubur 'boleh meningkatkan kadar pengesanan di kalangan mereka yang dijangkiti' kerana virus berkenaan bertahan lebih lama di dubur berbanding saluran pernafasan.
Bagaimana pun, teknik berkenaan nyata mendapat pelbagai reaksi berbeza oleh penduduk di negara itu.
Teknik ujian calitan seperti ini juga tidak akan dilaksanakan secara meluas kerana ia dianggap sangat tidak selesa, berbanding kaedah mengambil sampel dari belakang tekak.
Sumber: Forbes
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.