Pemaju berpangkalan di China mencipta sejarah apabila berjaya menyiapkan projek pembinaan bangunan pangsapuri 10 tingkat dalam tempoh 28 jam dan 45 minit.
Republic World melaporkan, pemaju itu berjaya membangunkan bangunan pangsapuri itu dalam tempoh lebih sehari saja.
Syarikat itu dikatakan menggunakan unit modular bersama-sama yang dikenali sebagai Living Building System.
Video pembinaan berdurasi hampir lima minit dikongsikan di saluran YouTube pemaju itu pada 13 Jun, dengan rakaman menunjukkan keseluruhan struktur itu dibina dengan pantas.
Menerusi reka bentuk modular pasang siap, Broad Group dapat membina bangunan pangsapuri 10 tingkat dalam 28 jam 45 minit.
Perkongsian Broad Group di YouTube juga menyatakan pembinaan membabitkan ukuran kontena standard, pengangkutan murah di seluruh dunia dan pemasangan dilakukan di lokasi.
Sumber: Harian Metro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.