Setakat pagi ini, jumlah kematian akibat wabak coronavirus dilaporkan telah meningkat kepada 362 angka korban dengan 321 daripadanya di China dan seorang di Filipina.
Menurut Suruhanjaya Kesihatan Nasional China, sebanyak 2892 kes baru dan 57 kematian direkodkan di China pada Ahad, berbanding 2590 kes dan 45 kematian pada hari Sabtu.
Disebabkan jumlah kes dan kematian yang semakin membimbangkan ini, kerajaan China secara rasmi telah mengharamkan acara pengebumian dan acara-acara lain untuk disertai oleh ahli keluarga mahupun sahabat yang berasal dari Wuhan, China.
Arahan itu bertujuan bagi memperlahankan penyebaran wabak novel koronavirus (nCoV-2019).
Tambah lagi, mangsa yang meninggal dunia akibat wabak ini akan dibakar menggunakan kemudahan yang terdekat, dan abu mayat dibenarkan untuk diambil oleh ahli keluarga selepas selesai upacara pembakaran.
Setakat ini, sebanyak 27 negara seluruh dunia dilaporkan terjejas, dengan kes sebanyak 17,386 dilaporkan.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.