Nampaknya piala-piala kejohanan bolasepak antarabangsa musim 2018/2019 kali ini telah didominasi oleh pasukan-pasukan hebat daripada kelab bolasepak Inggeris (EPL).
Ini berikutan dengan pasukan Arsenal dan Chelsea yang berjaya layak ke final Europa League, selepas menewaskan Frankfurt dan Valencia diperingkat separuh akhir.
Arsenal mara ke final dengan jaringan agregat 7-3, manakala Chelsea pula menerusi penetuan sepakan penalti 4-3 selepas terikat seri 1-1.
Final Europa League akan diadakan di Stadium Olimpik Baku pada 30 Mei depan, jam 3 pagi.
Terdahulu, Liverpool dan Spurs telah menempah tiket ke final Liga Juara-Juara musim ini yang akan diadakan pada 2 Jun, jam 3 pagi.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.