Facebook Messenger akhirnya melancarkan perkongsian baru bersama TinyTAN untuk digunakan oleh BTS ARMY, khasnya ketika mereka menantikan album baru BTS berjudul BE.
TinyTAN adalah watak animasi yang diilhamkan oleh ahli BTS dan dibentuk oleh Big Hit IP Co., anak syarikat di bawah firma pengurusan BTS, Big Hit Entertainment.
TinyTAN sudah mula dapat diakses untuk pengalaman unik menerusi pesanan peribadi di Facebook Messenger atau DM di Instagram Pengguna boleh menggunakan tema chat TinyTAN dan menggunakan latar belakang 360 AR, yang merangkumi bilik tidur dan kafe dimana pengguna perlu mencari ketujuh-tujuh watak BTS. Bilik-bilik ini dapat dipasang ketika anda melakukan panggilan video bersama pengguna lain. Peminat yang sudah biasa dengan "Magic Door" TinyTAN akan mengenali latar belakang bilik tidur dan kafe AR dari video tersebut.
TinyTAN sebelum ini sudahpun membuat "debut" mereka beberapa bulan yang lalu dengan animasi BTS "Mic Drop,". Sejak itu, akaun Twitter rasmi mereka, di mana mereka berkongsi pelancaran barang baru dan pelbagai klip animasi, telah mencapai lebih dari satu juta pengikut.
Pada Messenger, TinyTAN akan disatukan ke dalam platform berkenaan dengan set pelekatnya sendiri. Terdapat dua pelekat setiap ahli TinyTAN dan dua pelekat kumpulan dalam pek pelekat baru. Pelekat ini perlu dimuat turun dan boleh digunakan secara percuma. Untuk memuat turun pek pelekat Messenger, klik di sini atau cari sahaja perkataan "TinyTAN." pada bahagian carian.
Terbaru, BTS menerusi album BE, bakal memuatkan lapan lagu termasuk single hit kumpulan, "Dynamite," yang menduduki tangga teratas di beberapa buah negara di seluruh dunia.
Sumber: Rollingstone
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.