Koronavirus nyata mengubah lanskap hidup kita tahun 2020 ini, dimana majoriti penduduk di dunia kekal berada dalam rumah bagi mengelakkan terkena jangkitan.
Ekoran daripada itu, menghabiskan masa di internet mungkin antara aktiviti yang sering dilakukan kebanyakkan orang, termasuklah membuat carian jawapan kepada soalan tertentu.
Menurut laman carian enjin terbesar, Google, soalan paling trending yang dibuat oleh penggunanya bukanlah berkenaan COVID-19, sebaliknya mencari jawapan kepada soalan “Bagaimanakah lobster berkomunikasi atau bercakap?”
Mungkin agak pelik bagi kita bagaimana persoalan ini boleh timbul, namun carian Google mendapati ia adalah soalan paling trending yang dibuat oleh ramai penggunanya di serata dunia.
Nampaknya lobster mempunyai cara berkomunikasi yang sangat menarik. Lobster sebenarnya 'bercakap' antara satu sama lain menggunakan isyarat bau, yang digunakan sebagai ganti suara atau gerak isyarat.
Lebih unik, bau yang dihasilkan oleh lobster dibuat menggunakan pundi kencing yang terletak di kedua sisi kepalanya. Ya, untuk pengetahuan anda, lobster sebenarnya kencing dari sisi mukanya dan ia juga cara untuk mereka berhubung antara satu sama lain.
Jika anda terkejut dengan fakta ini, jangan risau kerana ramai lagi yang baru tahu mengenainya.
Sumber: Google Trends
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.