Kalau kita tengok kebanyakkan model dan artis Hollywood mesti ada jawline. Jawline ni seakan buatkan wajah nampak lebih aummm lagi kan ? Betul tak ? Exercise apa yang boleh buat untuk dapatkan jawline eh ?
Jangan risau, korang sure boleh dapat tulang rahang yang menonjol ni kalau rajin lakukan beberapa exercise di bawah :
1. Senyum
Kalau korang senyum, otot-otot kat muka pun exercise sama tau.
2. Ketap gigi
Ketap gigi sambil tegangkan rahang bawah selama 10 saat. Dan ulang semula exercise tersebut sebanyak yang korang mampu.
3. Buat bibir ikan
Rasanya ni exercise yang berkesan kot. Buat biar ikan confirm cepat dapat jawline.
4. Urut untuk hilangkan double chin
Kan ada teknik mengurut untuk hilangkan double chin. Try buat supaya jawline korang akan lebih terserlah.
5. Kurangkan pengambilan garam
Muka seakan tembam bila pengambilan garam banyak. Jadi kurangkan garam kalau taknak pipi pau.
6. Tidur kena cukup
Dalam juga kecantikkan badan, mesti dapatkan tidur yang cukup.
Sumber: Wanista
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.