Malang tidak berbau sekiranya telefon bimbit kita tercicir dan hilang, menyebabkan kita kerugian besar.
Satu perkongsian oleh Ain Nadiah Mazlan menerusi akaun Facebooknya menunjukkan cara mudah bagi mengesan kembali telefon bimbit yang tercicir, hanya menggunakan Google Account.
Terdahulu, Ain Nadiah Mazlan telah tercicir telefon bimbitnya di kawasan R&R Gurun dan beliau berjaya mendapatkannya kembali menggunakan akaun Google miliknya.
#1 – Pilih ‘Choose Account’.
#2 – Masukkan kata laluan Google.
#3 – Pilih ‘Find Your Phone’, dan klik ‘Get Started’.
#4 – Pilih jenis device dan masukkan kata laluan untuk pengesahan.
#5 – Pilih untuk ‘Ring’ atau mengesan lokasi telefon bimbit.
Sumber: Facebook Ain Nadiah Mazlan
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.