Ekoran banyak kes yang menyatakan bahawa terdapat kamera tersembunyi dalam bilik, ramai yang mula rasa tidak selamat dan ragu-ragu setiap kali bermalam di hotel atau homestay.
Namun anda sebenarnya tidak perlu risau kerana terdapat cara mudah untuk mengesan kehadiran kamera tersembunyi dalam bilik.
Dipetik daripada wiser.my, aplikasi Fing ini dikatakan boleh membantu anda mengesan kamera tersembunyi tersebut.
Menerusi aplikasi ini, anda boleh kenal pasti barang sambungan yang terdapat dalam bilik yang melibatkan kamera seperti Arlo, Wyze ataupun Nest dan juga yang disenaraikan dengan nama IP Camera.
Copy IP address pada sambungan tadi kemudian masuk ke menu network.
Pilih Open Ports, masukkan IP address tadi dan klik pada Find open ports.
Jika berjaya, maka akan muncul paparan ports yang terbuka dan perkhidmatan yang digunakan. Korang boleh lihat sama ada ada port RTSP dan RTMP kerana ia digunakan untuk penstriman video.
Apa sahaja dengan HTTP dan HTTPS, korang boleh buka dengan menggunakan Chrome.
Jadi selepas ini jika anda risau akan kehadiran kamera tersembunyi dalam bilik, boleh sahaja gunakan cara ini!
Sumber: wiser.my
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.