Mulut berbau merupakan satu masalah yang mungkin dihadapi oleh segelintir orang. Ia bukan sahaja menyebabkan hilang keyakinan diri, malah ia turut menggangu orang sekeliling.
![kkm kongsi 10 cara elak mulut berbau, antaranya berus lidah](https://media2.fishtank.my/media/era/assets/gambar-2020/what-can-i-do-about-bad-breathhalitosis-min_1.jpg)
Bagi mengelakkan ia daripada menjadi masalah kepada kita dan orang sekeliling, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru-baru ini telah berkongsi tips dan cara untuk mengelakkan daripada mulut berbau.
Berikut adalah 10 cara mengindari masalah mulut berbau:
1. Berus gigi (2 kali sehari)
2. Pemeriksaan gigi di klinik (6 bulan sekali)
3. Rawatan penskaleran & tampalan.
4. Elak rokok dan alkohol (menyebabkan mulut berbau)
5. Kurangkan makanan berbau kuat.
6. Elak mulut kering (minum air mencukupi)
7. Bersihkan gigi palsu (setiap hari)
8. Pencuci mulut (yang disyorkan oleh doktor gigi)
9. Flos gigi (sehari sekali)
10. Gosok lidah (setiap kali memberus)
![kkm kongsi 10 cara elak mulut berbau, antaranya berus lidah](https://media2.fishtank.my/media/era/assets/gambar-2020/screenshot_696.png)
Sumber : KKM
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.