Ekoran daripada pandemik COVID-19 ketika ini, penggunaan aplikasi MySejahtera dapat memudahkan pengesanan kontak rapat di premis-premis seluruh negara.
Penggunaan aplikasi ini juga akan diwajibkan di semua premis seluruh negara, melalui Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Jika anda masih menggunakan buku log bagi merekodkan nama dan butiran pelanggan, ini adalah cara mudah bagi menghasilkan sendiri kod QR MySejahtera untuk premis anda:
1. Layari laman sesawang https://mysejahtera.malaysia.gov.my/intro/
2. Klik pada button ‘Register MySejahtera Check-In’ atau ‘Daftar MySejahtera Check In’
3. Isikan nombor telefon bagi pengesahan kod OTP dan tekan 'Register'.
4. Isikan maklumat premis anda seperti nama, alamat, dan nombor telefon. Tekan Submit.
5. Kod QR anda sudah sedia untuk digunakan.
Disamping itu, anda juga diingatkan untuk terus patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) dengan mengamalkan penjarakan fizikal dan memakai face mask ketika berada ditempat awam dan sesak.
Sumber: MySejahtera
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.