Dalam seminggu, berapa kali anda mencuci rambut dengan bersih dan sempurna?
Jika anda menonton video ini, pasti anda sedar yang selama ini kita cuci rambut dengan cara yang salah dan ia masih tidak bersih.
Menerusi video TikTok yang dikongsikan oleh amy.does.some.hair, ia adalah cara yang betul bagi membasahkan rambut dan menyebarkan syampu ke seluruh kulit kepada dengan rata.
Gunakan hujung jari, urut syampu ke seluruh kulit kepala termasuklah garis rambut di dahi dan leher.
Selepas membilas, pendandan itu berkata kita harus ulang proses itu dengan memberikan fokus kepada kulit kepala dan tarik buih syampu ke hujung rambut.
Selepas membilas lagi, kali ini sapukan pula perapi pada hujung rambut sahaja, dan elakkan daripada meletakkan perapi pada akar rambut. Biarkan perapi pada rambut selama satu hingga dua minit, sebelum dibilas dengan bersih.
Selamat mencuba!
Sumber: TikTok
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.