Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Caj RM1 Pengeluaran Wang Tunai Di ATM Bakal Kembali Berkuatkuasa Februari 2022

Banyak juga Bank sudah memberikan makluman mengenai ini!
Muhammad Izwan Zainal
16 Dec 2021, 01:30 PM

Semua pelanggan akan dikenakan caj transaksi RM1 semula untuk transaksi pengeluaran wang tunai antara bank di mesin juruwang automatik (ATM) bermula 1 Februari tahun depan.

Memetik laporan Sinar Harian, terdapat beberapa bank telah memuat naik notis berkenaan di platform media sosial masing-masing antaranya Maybank, Bank Islam Malaysia Bhd, CIMB Bank Bhd dan RHB Bank Bhd.

caj rm1 pengeluaran wang tunai di atm bakal kembali berkuatkuasa februari 2022

Berikut merupakan beberapa kenyataan ringkas yang dikeluarkan bank terbabit:

“Harap maklum bahawa mulai 1 Februari 2022, caj transaksi RM1 untuk pengeluaran wang tunai antara bank di ATM akan dilaksanakan semula. Pelanggan Maybank masih boleh mengeluarkan wang tunai tanpa caj di ATM Maybank.” - Maybank

“Para pelanggan yang dihormati, berkuat kuasa pada 1 Februari 2022, caj transaksi RM1 akan dikenakan ke atas pengeluaran wang tunai antara bank untuk transaksi yang dilakukan di ATM/mesin layan diri bukan CIMB Bank/CIMB Islamic,” - CIMB

caj rm1 pengeluaran wang tunai di atm bakal kembali berkuatkuasa februari 2022

“Bermula pada 1 Februari 2022, caj RM1 akan dikenakan semula bagi transaksi pengeluaran di ATM bank lain bagi setiap transaksi yang dilakukan. Bagi pemegang kad Bank Islam, tiada caj dikenakan untuk pengeluaran menggunakan ATM Bank Islam.” - Bank Islam

“Adalah dimaklumkan bahawa berkuat kuasa 1 Februari 2022, caj transaksi RM1 akan dikenakan semula kepada pelanggan kad debit RHB Bank bagi pengeluaran wang tunai di ATM bank lain. Pemegang kad debit RHB Bank boleh melakukan pengeluaran wang tunai tanpa caj di semua ATM RHB Bank.” - RHB

Terdahulu, kerajaan memperkenalkan pengecualian caj pada sistem MEPS pada 6 April 2020 ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Sumber: Sinar Harian
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}