Seorang lelaki telah merakamkan momen dimana seekor burung seolah-olah menanti kehadiran beliau pada kubur ibunya yang baru sahaja meninggal dunia.
Kejadian yang berlaku di Bandar Blackburn, Britain ini dikatakan arwah ketika hidupnya dahulu sering memberi burung-burung makan dan minum, malah burung yang 'menjaga' kubur itu juga salah seekor daripada burung yang dijaga arwah.
"Sudah lima hari ibu meninggal dunia, saya datang ke sini untuk membaca Yasin tetapi bertemu pula dengan seekor burung di sini.
"Burung ini menghampiri saya dan menjadi pemandu arah bagi mengiringi saya ke kubur ibu. Selepas tiba di kubur, burung ini berlegar-legar, tidak berganjak dari kubur arwah," katanya.
Video yang dikongsikan menerusi Facebook Gegar Dunia Ghaib-Paranormal itu mendapat pelbagai reaksi dari netizen yang turut mendoakan roh wanita itu terus dicucuri rahmat.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.