Seorang wanita berjaya diselamatkan seekor kucing yang mengiau berulang kali apabila melihat pemiliknya terjatuh ke dalam sebuah lubang sedalam 21.33 meter di Bodmin, Cornwall, England.
Mangsa yang berusia 83 tahun dilaporkan hilang dan pasukan kecemasan memulakan operasi mencari dan menyelamat di sekitar rumahnya di Bodmin.
Wanita itu didapati hilang lebih beberapa jam sebelum jirannya membuat laporan kepada pihak berkuasa mengenai situasi itu.
Namun, bunyi suara seekor kucing bernama Piran mendapat perhatian seorang pejalan kaki yang berada di atas sebuah lubang tersebut.
Anggota Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat Cornwall bertindak pantas ke lokasi berkenaan dan memulakan operasi menyelamat wanita warga emas di kawasan itu.
Mangsa berjaya diselamatkan dan dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Menurut Polis Bodmin, wanita itu berada dalam keadaan stabil dan memaklumkan kucing bernama Piran telah berjaya menyelamatkannya dengan bunyi suara ‘meow’ itu.
Sumber: [1] [2]
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.