Korang ingat tak kes ketuk pintu yang berlaku dekat beberapa tempat dekat negara kita tak beberapa lama dulu?
Baru-baru ni kejadian yang lebih kurang sama telah berlaku dekat sebuah wilayah di Pulau Sumatera, Indonesia. Mengikut portal berita Radar Lampung, kejadian tu berlaku selepas waktu maghrib. Bunyi itu datang dari sebuah rumah seorang wanita di situ.
Kejadian tersebut membuatkan penduduk di pekan Kota Agung Timur dan Kota Agung Tanggamus berasa takut dan resah. Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Kota Agung, Asisten Komisioner Muji Harjono telah menafikan kejadian itu.
“Pihak polis menolak kemungkinan wujud unsur mistik dalam hal ini. Kami telah memeriksa rumah salah seorang penduduk Kota Agung Timur yang mendakwa rumahnya menjadi sasaran gangguan.
“Pemilik rumah bernama Sunayah itu dipercayai mengalami ketakutan melampau kerana hanya tinggal berdua dengan anaknya,” jelas Muji.
Selain itu, beliau turut menasihati orang ramai supaya berhentu menyebarkan khabar angin supaya tidak menganggu keharmonian masyarakat.
Sumber:
KOSMO
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.