Tahukah anda? Lipas merupakan antara serangga perosak dengan jangka hayat paling lama.
Menariknya, ia mampu hidup selama beberapa minggu tanpa kepala! Lipas juga boleh menjadi pembawa penyakit dan ia amat membangkitkan kerisauan orang ramai.
Sebagai contoh, kalau lipas menghurung makanan anda, ia boleh membawa kuman seperti Salmonella, Typhoid, dan Kolera sehingga menyebabkan alahan dan serangan asma.
Pernahkah anda terlintas di fikiran, apakah cara paling murah dan mudah untuk membunuh makhluk perosak ini?
Menurut Public Health Malaysia, tips paling berguna adalah dengan menggunakan campuran air dan sabun cecair. Anda hanya perlu mengisi air dan sabun cecair ke dalam botol semburan dan terus semburkan sahaja ke arah lipas. Ia boleh membuatkan lipas mati dalam beberapa minit sahaja.
Ini kerana air sabun akan melemaskan lipas setelah ia memasuki liang pernafasannya.
Selain selamat dan pantas, anda juga disarankan untuk menjaga kebersihan terutamanya di dapur dengan memastikan sisa makanan dikutip dan sampah sarap tidak disimpan di dalam rumah.
Sumber: Public Health Malaysia
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.