Terkesan dengan pemanasan global yang semakin membimbangkan, sekumpulan saintis mendakwa besar kemungkinan “mini ice age” akan melanda bumi dalam masa satu dekad.
Kajian oleh saintis berkenaan adalah berdasarkan teori yang diperoleh daripada model matematik medan magnet matahari yang mana mensasarkan suhu bumi secara keseluruhannya akan turun bermula tahun 2021.
Penurunan suhu ini turut dikenali sebagai “Maunder minimum”, yang merujuk kepada zaman ais yang pernah berlaku pada bumi sekitar tahun 1646 hingga 1715, yang menukarkan sungai di London kepada ais secara sepenuhnya.
Tambah lagi, seorang professor dari Northumbria University, Valentina Zharkova, turut membuat laporan bahawa perubahan medan magnet matahari akan bermula pada tahun 2021, dengan bacaan tertinggi pada Cycle 25 pada 2022, dan ia akan menurun dengan cepat pada tahun berikutnya sebanyak 60%.
Walaubagaimana pun, professor berkenaan juga mendakwa, model dan teori berkenaan hanyalah 97% tepat.
Sumber: TSK
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.