Masalah beg sekolah yang berat kerana membawa buku-buku teks yang banyak kini dapat diatasi selepas Agensi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu Perbadanan Kota Buku (PKB) membangunkan aplikasi "KPM eTextbook Reader" bagi memudahkan pelajar mendapatkan buku teks sekolah secara digital.
Menerusi satu kenyataan, KPM memaklumkan aplikasi itu dapat memberikan akses buku teks sekolah secara digital kepada para pelajar yang akan memulakan sesi persekolahan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula hari ini hingga 26 Jan.
Menerusi KPM eTextbook Reader ia dapat membantu murid-murid memuat turun buku teks digital sama ada melalui laman sesawang www.textbook.moe.gov.my atau juga melalui Google Play Store atau Apple App Store.
Selepas dimuat turun, pelajar boleh menggunakan buku teks digital ini meskipun tidak mempunyai internet.
Sumber: Astro Awani / BERNAMA
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.