Pesawat GoAir dari New Delhi menuju ke Patna pada Sabtu lalu kecoh apabila seorang penumpang lelaki pesawat tersebut membuka pintu pesawat kerana menyangkakan ia adalah pintu tandas.
“Seorang penumpang lain memaklumkan perbuatannya dan dia dihalang oleh beberapa kru penerbangan,” kata GoAir dalam satu kenyataan melalui e-mel kepada agensi berita AFP semalam.
Tambah lagi, pemuda berkenaan juga pertama kali menaiki pesawat dan sangat perlu menggunakan tandas ketika dalam penerbangan terbabit.
Sumber: Telegraph India
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.