Awas jika anak, adik beradik atau anda sendiri yang gemar memakan makanan pada lidi kerana seorang kanak-kanak nyaris maut selepas lidi berkenaan tertusuk dalam mulutnya hingga tembus pada bahagian otak.
Kejadian dilaporkan berlaku pada 20 Oktober lalu di Quijing, China selepas ibu mangsa membeli sebatang sosej goreng kepada anaknya.
Mangsa yang sedang menikmati sosej terbabit tiba-tiba jatuh lalu lidi pada sosej tertusuk ke dalam mulut hingga menyebabkan kecederaan parah.
Seramai tujuh pakar berkerjasama membedah mangsa bagi mengeluarkan lidi tersebut, malangnya bakteria telah merebak hingga bahagian otak.
Menurut pakar pediatrik, lidi itu telah menembusi lima sentimeter ke dalam otak mangsa dan jika ia lebih daripada itu, mangsa berisiko maut serta-merta.
Sumber: Oriental Daily
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.