Abu Thahir, 9, tiba-tiba menjadi popular kerana beliau dikatakan mempunyai keupayaan untuk menyalakan lampu dengan hanya menggunakan kulit pada tubuh badannya.
Kanak-kanak ini dikatakan secara tidak sengaja menyentuh mentol LED yang dibawa oleh bapanya, Nizar Thahir yang juga seorang juruteknik. Bapanya terkejut apabila melihat mentol itu menyala.
Sejak dari itulah, mereka sekeluarga mula menyedari kemampuan yang ada pada Thahir dan bagi Nizar sendiri, dia menganggap bahawa semua itu adalah anugerah daripada Tuhan.
Namun, seorang saintis menerangkan bahawa lampu yang menyala itu disebabkan tindakbalas kandungan garam yang tinggi dalam tubuhnya. Disebabkan itu, badan Thahir bertindak sebagai konduktor sehingga dia memiliki ‘kuasa’ tersebut.
Sumber : Mirror UK
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.