Kalau kita rasa terlalu banyak dugaan dalam hidup kita semasa dah dewasa ni, mungkin kita tak sangka ada budak kecil yang terpaksa menanggung dugaan lebih berat lagi.
Changjiang hanya berumur 7 tahun tapi terpaksa bekerja sebagai penghantar bungkusan untuk menyara hidupnya sendiri. Dia susun sendiri semua bungkusan dan surat, masukkan dalam trak dan hantar semua bungkusan tu sendiri.
Changjiang sebelum ini tinggal bersama ibu bapanya di Shandong, tapi selepas ayahnya sakit ibunya terus tinggalkan dia dan ayahnya. Tak lama selepas itu ayahnya meninggal dunia. Kemudian, Changjiang tinggal bersama kawan ayahnya.
Namun, Shifang tak mampu menghantarnya ke sekolah selain daripada dia bukanlah penjaga yang sah kepada Changjiang.
Apabila ceritanya menjadi viral, ramai yang tampil memberikan bantuan dan akhirnya Chanjiang kini tinggal di tempat penjagaan kanak-kanak serta bersekolah secara percuma!
Sumber: Koreaboo
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.