Seekor buaya tak mahu muncul di permukaan air akibat terlalu malu akhirnya ditemui mati tenggelam di Liuzhou, Guangxhi Zhuang, selatan China.
Memetik laporan Global Times, pemilik haiwan memaklumkan buaya seberat 100 kilogram itu mudah berasa takut sehingga tidak pernah keluar ke permukaan air.
Malah, seorang pekerja ladang juga pelik kerana pertama kali melihat seekor buaya yang mati akibat tenggelam di dalam air.
“Buaya itu pemalu dan menyelam ke dalam air kerana terlalu takut yang menyebabkan kematiannya,” katanya.
Namun, pakar-pakar haiwan tidak bersetuju dengan pendapat penternak itu dan pihaknya berkata ia berkemungkinan buaya itu tenggelam kerana menghidap penyakit.
Tambahnya, kes seperti ini jarang berlaku dan penyakit mungkin salah satu punca haiwan itu tidak boleh bernafas dengan baik.
Kebiasaannya, buaya akan menyelam dan muncul ke permukaan air untuk menyedut udara serta memudahkan ia bernafas.
Buaya yang terlibat dengan kes ini mungkin disebabkan penyakit sehingga menyukarkannya untuk bernafas.
Sumber: Global Times
Oleh: Muhammad Izwan Zainal
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.