Hujung minggu lalu, seekor buaya sepanjang empat meter berjaya ditangkap penduduk kampung dan dikhabarkan ia tersesat berhampiran perairan Pulau Gaya.
Seawal jam 8 pagi, kejadian itu disedari oleh penduduk Kampung Pondo dan rakaman video tular di media sosial mengenai penduduk kampung berusaha menangkap buaya terbabit.
Menurut Ketua Kampung Pulau Gaya, Rajit Serong, penduduk kampung bekerjasama mengekori buaya itu dengan menggunakan bot.
“Buaya itu berlegar-legar berhampiran pantai Kampung Lobong dan kelihatan jelas ketika air laut surut.
“Kami terus memasang jerat menggunakan tali sebelum berjaya menangkapnya kira-kira jam 5.30 petang tadi,” katanya.
Malah, penduduk kampung juga menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk mendapatkan bantuan menangkap reptilia itu.
“Ini kali pertama mereka menangkap haiwan ganas itu sejak tinggal di pulau berkenaan.
“Tujuan kami menangkapnya kerana bimbang keselamatan penduduk di pulau ini terutama kanak-kanak dan nelayan,” katanya.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.