Sambutan ulang tahun kelahiran seorang kanak-kanak bertukar tragedi apabila seekor buaya menyerang pelatih haiwan di sebuah pusat reptilia di bandar raya Lembah Barat, Utah, Amerika Syarikat (AS).
Insiden itu berlaku di Scales and Tails, Utah ketika sambutan itu diadakan di lokasi tersebut.
Malang tidak berbau, seekor buaya itu secara tiba-tiba menyerang pelatih haiwan tersebut dengan membaham sebelah tangannya.
Pelatih wanita berkenaan bertindak untuk menarik keluar tangannya dari mulut buaya tetapi reptilia itu tidak mahu melepaskannya.
Tindakan berani seorang pelawat Donnie Wiseman menyelamatkan pelatih itu dengan melompat ke dalam air sebelum berbaring dan memeluk badan buaya tersebut.
Beberapa bantuan daripada pengunjung lain juga berjaya mengeluarkan tangan pelatih wanita berkenaan dari mulut buaya tersebut.
Sumber: [1] [2]
Oleh: Muhammad Izwan Zainal
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.