Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

WhatsApp Di India Sudah Boleh Bayar Dan Terima Wang. Ini Caranya

Buat masa ini ia sedang diuji di negara India dan belum tiba di Malaysia.
Editor
10 Nov 2020, 10:00 AM

Aplikasi WhatsApp akhirnya telah melancarkan ciri pembayarannya di India.

whatsapp di india sudah boleh bayar dan terima wang dari kenalan

Dikenali sebagai Payment, fungsi ini secara perlahan-lahan akan dilancarkan kepada seluruh pengguna, jadi jangan risau jika fungsi tersebut masih belum muncul untuk anda.

WhatsApp Payment buat masa ini telah dirancang dalam kerjasama dengan National Payments Corporation of India atau NPCI, dan berdasarkan pada Unified Payments Interface atau UPI. Ia kini sedang diuji khasnya di negara India, dan belum tiba di Malaysia.

Untuk memulakan, anda perlu menggunakan WhatsApp versi terbaru untuk Android atau iOS. Nombor WhatsApp anda mestilah nombor yang sama yang dihubungkan dengan akaun bank anda juga.

Cara untuk set akaun bank menggunakan WhatsApp:

Buka WhatsApp > pergi ke Setting/Tetapan > klik pada ikon Payment/Pembayaran.

Klik Tambahkan kaedah pembayaran. Seterusnya, pilih bank anda.

Setelah memilih bank, anda perlu mengesahkan nombor telefon anda. Klik Sahkan melalui SMS.

whatsapp di india sudah boleh bayar dan terima wang dari kenalan

Tunggu proses pengesahan selesai. Setelah selesai, maklumat bank anda akan ditambahkan di bawah Kaedah pembayaran.

WhatsApp Payment juga membolehkan anda mengirim wang ke kenalan WhatsApp dan juga orang yang tidak berdaftar dengan WhatsApp Pay. Ikuti langkah-langkah ini untuk menghantar wang ke kenalan WhatsApp:

Buka chat WhatsApp dan klik pada ikon attachment/lampiran.

Klik Payment/Pembayaran > taipkan jumlah yang diinginkan > tekan enter.

Masukkan pin anda untuk melengkapkan pembayaran.

whatsapp di india sudah boleh bayar dan terima wang dari kenalan

Buat masa ini, fungsi ini masih belum tiba di Malaysia dan segala perkembangan mengenainya akan dimaklumkan kelak.

Sumber: Gadget 360

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}