Bukan semua orang suka dengan sayur-sayuran. Tetapi jika digunakan untuk bermain alat muzik, mungkin sayur akan menjadi kegemaran ramai orang.
Vegetable Orchestra, juga dikenali sebagai Das erste Wiener Gemüseorchester, kumpulan pemuzik antarabangsa daripada Austria ini mungkin tidak sepopular band atau kumpulan lain, namun dengan bakat mereka yang menggunakan sayur-sayuran sebagai instrument menjadikan kumpulan ini dikenali.
Kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 1998, kini sudah berusia 20 tahun, bakal mengeluarkan album mereka yang keempat. Menggunakan 14 sayur-sayuran sebagai alat muzik, mereka akan merakamkan 14 buah lagu dalam album keempat mereka ini.
Sumber: Twitter @vegetableorch
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.