Seorang gadis 19 tahun maut apabila permainan buaian 360 darjah yang dinaikinya patah dan terhempas ke tanah ketika sedang berputar.
Kejadian yang berlaku di taman tema Istiklol di Jizzakh, Uzbekistan itu telah menjadi tular di laman sosial dan menjadi perbualan orang ramai.
Video yang dimuatnaik oleh sebuah laman sesawang antarabangsa itu menunjukkan bahagian penyambung patah dua ketika sedang berputar sebelum jatuh ke tanah.
Setakat ini hanya seorang mangsa dilaporkan meninggal dunia akibat kejadian berkenaan.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.