Penantian penuh sabar ARMY apabila mengetahui Kedai BTS Pop-Up telah dibuka di Malaysia untuk dilawati para pengunjung.
‘BTS POP-UP: MAP OF THE SOUL’ akan dibuka sehingga 31 Januari, tahun depan di 1 Utama Shopping Centre dan hanya individu lengkap menerima dua vaksin saja dibenarkan masuk ke premis.
Selepas Korea Selatan, Jepun, Singapura, Filipina dan Thailand, Malaysia menjadi lokasi kelima untuk kedai menjual barang dagangan BTS eksklusif.
Bagi memudahkan para pengunjung, setiap individu perlu mendaftar pada sistem senarai menunggu secara maya dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.
Kedai serba eksklusif ini dibuka seawal jam 10 pagi hingga 8 malam dan memilih konsep tema warna biru utama dan lukisan konsep dari album studio keempat BTS, Map Of The Soul: 7.
Lebih 300 produk barangan eksklusif termasuk koleksi kegemaran BTS ada dijual untuk para pengunjung.
Kredit Foto: KL Foodie
Barangan yang dijual termasuk pakaian, aksesori, beg, dompet, poster, alat tulis dan pelbagai barangan yang menggunakan logo BTS dan produk yang menampilkan tema lagu seperti ‘Black Swan’ dan ‘ON’.
Menariknya, pengunjung boleh merasai pengalaman sudut khas yang didedikasi untuk barangan tema eksklusif Dynamite.
Sumber: Harian Metro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.