Kemalangan jalan raya boleh terjadi daripada beberapa faktor seperti pemandu, kenderaan dan sekeliling. Namun siapa sangka, dengan hanya sebotol air dalam kereta, ia mampu mengakibatkan kemalangan, seterusnya menyebabkan kehilangan nyawa?
Tanpa kita sedar, botol air yang bergerak dalam kenderaan, khasnya ketika kenderaan sedang bergerak boleh bergolek terus kepada bahagian pedal minyak, brek dan clutch.
Bayangkan botol air yang tiba-tiba bergolek terus kepada bahagian pedal pemandu, dan dalam masa sama pemandu perlu menekan brek kecemasan secara tiba-tiba? Walaupun pemandu mampu menekan pedal brek sehingga mengakibatkan botol pecah sekalipun, ia akan melewatkan waktu yang sepatutnya untuk kesan menekan brek itu memperlahankan atau menghentikan kereta sepenuhnya.
Selain daripada botol air, kasut dan selipar pada bahagian kaki pemandu juga amat merbahaya dan mampu mengakibatkan masalah yang serupa.
Jika anda mempunyai objek yang berpotensi menghalang anda daripada menekan brek, minyak atau clutch, sila alihkan objek tersebut terlebih dahulu sebelum anda memulakan perjalanan.
Sumber foto: Polis Daerah Pendang
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.