Siapa sangka, kawasan balai bomba di Jeli, Kelantan kini sudah dimanfaatkan sebagai pusat komuniti ternakan rusa?
Meskipun bomba berdepan dengan kekangan masa dan waktu kecemasan dalam menjalankan tugas menyelamat dan memadamkan kebakaran, anggota Bomba dan Penyelamat Jeli membina ruang di kawasan balai sebagai pusat ternakan rusa.
"Satu bentuk projek yang berkonsepkan pertanian komuniti di Balai Bomba Jeli, yang terletak di kawasan pedalaman Kelantan ini, untuk memupuk kesedaran dan juga sabagai satu bahan tarikan kepada pengunjung ke balai ini.
"Projek ternakan rusa ini dimulakan pada penghujung tahun lepas dengan permulaannya seekor rusa jantan dan tiga rusa betina" kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Mohd Adni Ibrahim.
Rusa yang diperoleh dari pembiakan dan sumbangan Jabatan Veterinar Jeli ini dijaga bergilir-gilir oleh ahli bomba, manakala makanannya daripada rumbut dan sumber terdekat.
Selain rusa, anggota bomba Jeli turut memelihara ikan di kolam serta menanam pelbagai jenis sayuran dalam kawasan balai berkenaan.
Malah, mereka juga membina sangkar burung yang menempatkan sebahagian burung yang ditemui semasa menjalankan tugas diluar.
Sumber: Astro Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.