Jika sebelum ini gol daripada pemain Pulau Pinang, Faiz Subri telah merangkul anugerah Puskas 2017, gol cantik daripada Syahmi Safari juga mungkin dicalonkan dalam anugerah berkenaan.
Hantaran bola daripada Matyo kepada Syahmi Safari yang menewaskan Chatchai Budprom memadamkan sorakan puluhan ribu penyokong tuan rumah di Stadium Rajamangala.
Gol cantik pada minit ke-29 itu mendapat respon dan pujian ramai penyokong bola sepak termasuk Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato’ Haji Hamidin Mohd Amin.
Dipetik daripada Fox Sports Asia, beliau sedia berbincang terlebih dahulu untuk mencalonkan gol tersebut kepada anugerah Puskas FIFA.
“Saya nampak itu (gol Syahmi) yang terbaik dan saya akan bincang dengan bahagian teknikal sama ada jaringan itu perlu atau sesuai untuk kita calonkan nanti,”
Sumber: Fox Sports Asia
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.