Figura ‘Predator’ dan ‘Black Panther’ menjadi tumpuan orang ramai apabila dilihat melambai-lambaikan tangan di hadapan sebuah hotel terkemuka di Georgetown, Pulau Pinang pada Khamis.
Niat murni kumpulan yang digelar ‘Adiwira Pulau Pinang’ dianggotai Mohd Nor Hisham Awang Nong, Mohd Wan Hafizi Wan Zakaria dan Azhar A. Rahman hanya untuk mengagihkan bungkusan makanan secara percuma.
Seorang pengguna jalan raya Mohd Ali Mohd Sharif berasa pelik dan menyangka ada festival jalanan tetapi setelah memberhentikan motosikal yang dinaikinya rupanya bukan.
“Setelah disuruh berhenti, rupanya ada adiwira nak bagi makanan pagi secara percuma. Terima kasih sebab ambil inisiatif untuk bantu orang awam yang terkesan ketika pandemik COVID-19,” katanya.
Malah, Muzlifa Alias salah seorang pengguna jalan raya juga bersyukur mendapat bungkusan makanan yang diberikan terutamanya buat golongan terjejas akibat pandemik COVID-19.
“Inisiatif ini patut diteruskan sebab ramai lagi yang tak cukup makan. Dengan pemberian makanan percuma sekurang-kurangnya pagi ini perut mereka terisi,” katanya.
Sumber: Bernama
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.