Penduduk kampung di Chikuzen, Fukuoka, Jepun telah membina sebuah patung gorila gergasi bagi menghalau dan menakutkan virus COVID-19.
Mempunyai ketinggian 23 kaki, patung gorila itu dibina menggunakan jerami dan besi sebagai rangka. Ia mempunyai mata merah yang boleh menyala pada waktu gelap dan juga dikenali sebagai ‘Giant Straw Scarecrow Gorilla: Proud Gorilla 2020’.
Sejak ia mula disiapkan pada Disember tahun lalu, patung orang-orang gergasi itu telah menjadi tarikan pelancong yang mana ia menarik kehadiran ramai pengunjung ke kampung berkenaan bagi melihat dengan lebih dekat patung berkenaan.
Menurut laporan dari Japan Today, penduduk tempatan memutuskan untuk membina patung berkenaan sebagai kepercayaan mereka dalam usaha menangkal wabak berjangkit ini daripada merebak dalam masyarakat.
"Gorila dipilih sebagai simbol kekuatan dan kekuatan dalam menghadapi pandemik koronavirus yang berpanjangan,” katanya.
Patung gorila itu bagaimanapun akan diturunkan sehingga hujung bulan ini.
Sumber: Daily Star
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.