Penyakit demam campak (rubeola) dan cacar air (chicken pox) adalah penyakit yang berbeza.Namun, apa perbezaan penyakit demam campak (rubeola) dan cacar air (chicken pox)?
Apa Perbezaan Cacar Air Dan Demam Campak?
Cacar air.
Demam campak (Rubeola) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan disertai ruam pada kulit. Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin.
Demam Campak.
Virus cacar air (chicken pox) pula dikenali sebagai virus varicella, virus sama yang menyebabkan kayap.
Cacar air adalah jangkitan biasa yang berlaku di kalangan kanak-kanak yang disebabkan oleh virus. Ia merupakan penyakit yang senang berjangkit dan boleh merebak dari seorang ke seorang. Seseorang yang dijangkiti virus ini akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh (blisters).
Cacar air (chicken pox) kebiasaannya hanya akan dialami sekali sahaja seumur hidup bagi setiap orang. Tapi boleh berkemungkinan juga terkena lebih dari sekali, bergantung pada sistem imun setiap orang. Demam Campak (Rubeola) pula boleh dicegah dengan pengambilan vaksin MMR (Measles, Mumps and Rubella).
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.