Sekumpulan saintis di Jerman mendapati amalan berkumur-kumur mampu mengurangkan risiko penularan wabak COVID-19.
Menurut kajian yang diterbitkan oleh Ruhr-University Bochum di Journal of Infectious Diseases, berkumur selama 30 saat mampu melemahkan virus SARS-CoV-2 yang menjadi punca kepada wabak COVID-19.
Kajian berkenaan menggunakan beberapa jenis pencuci mulut berbeza yang didapati di Jerman dan mendapati kesemua jenis pencuci mulut adalah berkesan mengurangkan jumlah virus dengan berkumur selama 30 saat.
Bagaimanapun, saintis mengingatkan bahawa pencuci mulut bukanlah menghapuskan virus COVID-19, sebaliknya hanya mengurangkan risiko penularan wabak berkenaan.
Pasukan pengkaji kini juga sedang menjalankan kajian klinikal seterusnya dalam menentukan kesan berkumur menggunakan pencuci mulut terhadap wabak COVID-19.
Sumber: The Sun / Journal of Infectious Diseases
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.