Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Bahagian Otak Jadi Nipis, Awas Berat Badan Berlebihan Mungkin Buat IQ Jadi Rendah

Terlebih berat badan juga boleh meningkatkan risiko sakit jantung
Editor
11 Dec 2019, 11:11 AM

Sekumpulan saintis dari University of Vermont, Amerika Syarikat telah membuat rumusan awal bahawa berat badan berlebihan mempunyai kaitan dengan otak dan kebijaksanaan individu.

bahagian otak jadi nipis, awas berat badan berlebihan mungkin buat iq jadi rendah

Pengkaji yang membuat kajian keatas 3,190 pelajar sekolah berusia 9 dan 10 tahun melaporkan ujian keatas individu yang mempunyai berat badan berlebihan akan mempunyai bahagian luar otak yang lebih nipis. Bahagian otak ini mempunyai kaitan kepada memori otak dan membuat keputusan.

bahagian otak jadi nipis, awas berat badan berlebihan mungkin buat iq jadi rendah

Namun begitu, menurut Dr Jennifer Laurent, salah seorang saintis yang membuat kajian ini berkata, kesan berat badan dengan memori individu mungkin berkaitan atau ia hanyalah satu kebetulan.

Tambahnya lagi, masih tidak jelas sama ada perkembangan otak ini berkaitan dengan diet individu itu atau disebabkan berat badan berlebihan. Justeru, kajian lebih lanjut perlu diadakan, namun tidak menolak gaya hidup sihat adalah penting buat orang ramai khasnya kanak-kanak.

Satu daripada lima kanak-kanak di England menghidap berat badan berlebihan sejak dari sekolah rendah, dan jumlah ini bertambah kepada satu daripada tiga orang selepas tamat sesi persekolahan.

bahagian otak jadi nipis, awas berat badan berlebihan mungkin buat iq jadi rendah

Terlebih berat badan juga boleh meningkatkan risiko sakit jantung, kanser dan juga kencing manis.

Sumber: The Sun

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}