Seorang lelaki yang dikenali dengan nama Pak Busu telah menarik perhatian ramai melalui satu hantaran dilaman Facebook baru-baru ini.
Lelaki yang berstatus orang kelainan upaya (OKU) ini mempunyai bengkelnya tersendiri, namun kurang mendapat sambutan kerana kekurangan pada dirinya.
"Patut la orang tak nak hantar kereta ke bengkel saya untuk dibaiki. Rupa-rupanya orang kasihan tengok saya buat kerja.
"Jangan kasihankan saya, sepatutnya kamu semua kasihankan anak isteri nak makan apa nanti," tulisnya.
Bapa kepada dua orang anak ini memikul tanggungjawab menyara isteri dan keluarganya dengan menjadi mekanik disebuah bengkel di Melaka, namun tidak pula menganggap ini sebagai satu bebanan.
"Ini sudah menjadi tanggungjawab saya untuk buat kerja, cari rezeki bagi anak-anak, isteri makan. Beri duit perbelanjaan anak-anak sekolah harian, bayar bil elektrik, air, bayar sewa rumah dan macam-macam lagi.", tulisnya pada Facebook.
Pak Busu juga berharap agar kisahnya tidak disalah anggap hingga mengundang kecaman daripada masyarakat.
Sehingga kini, posting berkenaan telah mendapat lebih daripada 5 ribu perkongsian dilaman Facebook.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.